Miera Leyana nak ‘rotan’ netizen, tuduh hasut suami & rampas hak isteri pertama

Miera Leyana nak ‘rotan’ netizen, tuduh hasut suami & rampas hak isteri pertama

Sejak Sabtu lalu, nama pelakon Miera Leyana menjadi bualan hangat warganet selepas madunya, Adibah Abdul Mutalib mendedahkan suami, Rosland Othman menyekat nombor telefon lebih dari setahun serta culas menunaikan nafkah kepada anak-anak.

Susulan itu, warganet mulai berhimpun dan ‘serang’ laman Instagram selebriti berusia 30 tahun dengan mengatakan Miera adalah ‘punca’ suami tidak melunaskan tanggungjawab sebagai ketua terhadap keluarga isteri pertama. Sebaliknya, mementingkan kepuasan diri sendiri.

Mereka juga mengatakan Miera seakan  ‘menghasut’ Rosland yang juga bekas Timbalan  Presiden Kanan syarikat Serba Dinamik menganiayai madunya selain tamak membolot hak sebagai seorang isteri.

Ekoran menerima banyak kecaman, Miera terpaksa menutup ruangan komen pada hantaran bersama suami dan anak perempuan, Rachel Aisyah ketika bercuti di Austria.

Tidak berdiam diri, Miera menerusi Insta Story dilihat memuat naik klip video pendek telefilem komedi Peah Singa yang ditayangkan pada tahun 2017.

Dalam hantaran tersebut, aktres kelahiran Johor Bahru itu seakan memberi amaran dan mahu ‘rotan’ netizen yang ‘sibuk’ dan ‘serang’ akaun miliknya.

Terdahulu, media melaporkan Rosland sudah berubah sikap iaitu tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak lelaki terbabit berkahwin dengan Miera pada 2020. Rosland juga hanya memberikan nafkah kepada anak-anak sekiranya dituntut oleh isteri pertama.

Sekadar info, Rosland mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pelakon Miera Liyana Kasmi pada 26 Julai 2020 dan dikurnikan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah.

Untuk info, Miera berkahwin dengan Rosland yang merupakan seorang usahawan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.