Penyanyi, Mimi Fly akhirnya mengambil keputusan untuk menurunkan muzik video (MV) lagu raya “Serumpun” di YouTube selepas menerima teguran daripada pelbagai pihak termasuklah mufti.
Menurut laporan Harian Metro, penyanyi itu telah memuat naik semula MV tersebut dalam versi yang telah disunting semula semalam.
“Saya akur dan mohon maaf” – Mimi Fly

Menerusi satu hantaran di Instagram, Mimi menyatakan dia menghargai teguran yang diberikan dan akur dengan kesilapannya.
Selepas mendapat teguran daripada mufti dan juga pelbagai pihak, saya ambil maklum serta akur dengan kekhilafan diri dan sudah menurunkan MV Serumpun (versi berkemban) itu.
Menurutnya, pihak produksi telah melakukan gubahan semula MV berkenaan sebelum memuat naiknya kembali di YouTube.
Bukan niat hina agama atau budaya

Mimi menjelaskan bahawa pakaian berkemban yang digayakannya dalam MV itu bukan bertujuan menghina agama atau budaya Melayu.
Sebaliknya, busana klasik itu dipilih kerana keselesaannya dan inspirasi daripada elemen budaya Jawa.
Sebagai anak Melayu, bukanlah niat saya menghina agama dan budaya kita. Sebagai anak seni pula, saya sentiasa pastikan karya saya berkualiti dan memberi mesej mendalam.
Sebelum ini, MV “Serumpun” menerima kritikan hebat kerana dianggap kurang sopan bagi lagu bertemakan Hari Raya.
#ApaKataOhmedia
Sebagai artis, penting untuk peka dengan sensitiviti budaya dan agama dalam berkarya. Teguran yang membina perlu diterima dengan hati terbuka agar industri seni terus berkembang tanpa mencetuskan kontroversi.
