Perak: Sejak berkahwin pada September lalu, rumah tangga pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah sentiasa menjadi perbualan dan tumpuan ramai. Bahkan, Mira juga tidak lokek berkongsikan masanya bersama suami di laman YouTube mereka.
Melalui Instagram baru-baru ini, Mira ada memuat naik gambarnya dengan pakaian kebaya merah. Tetapi, apa yang menjadi tumpuan dan perhatian ialah Mira berkata bahawa dia suka dan menghargai sapaan sebagai ‘Puan’.
Menerusi entri itu, Mira memberitahu suka disapa dengan gelaran Puan Amirah dan menghargai panggilan tersebut kepadanya.
Pada ruangan komen pula, kebanyakan netizen memuji penampilan Mira yang tetap cantik dan semakin berseri-seri sejak menjadi isteri kepada Wan Emir Astar.
Mira diijabkabulkan pada 3 September lalu dengan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid setelah berkenalan hampir setahun.
Sumber: Roti Kaya
Akmal Hakim
Glamour Desk


