Lifestyle: Dasawarsa ini, ramai yang mahu mempunyai badan cantik dan memiliki perut yang kempis. Tetapi, matlamat ini sentiasa tidak tercapai kerana pengumpulan lemak berlebihan di bahagian badan tertentu terutamanya di perut.
Kehadiran lemak di dalam perut boleh menjejaskan kehidupan harian. Bukan sahaja daripada segi penampilan, malah ia juga boleh menambahkan risiko penyakit jangka panjang seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis jenis 2.
Menjalani diet yang betul dan bersenam secara berkala merupakan cara paling berkesan untuk mengurangkan lemak dalam perut. Di samping itu, melakukan beberapa tips di rumah juga boleh membantu mencapai matlamat tersebut. Berikut dikongsikan 6 tips kempis perut yang boleh dicuba:
1) Minum banyak air
Minum air sebanyak 8 gelas sehari bukan sahaja membantu proses pencernaan malah ia turut menambahkan kadar metabolisma badan dan mengurangkan perut kembung.
Jadi, hindari minuman manis sebaliknya gantikan dengan air kosong bagi mengurangkan pengambilan kalori anda. Jika air kosong tidak menarik, tambah lemon atau limau untuk menambahkan selera anda.
2) Minum air teh hijau setiap hari
Sebagai pengetahuan, teh hijau mengandungi catechins iaitu sejenis kompaun yang boleh menolong mengurangkan lemak di perut. Ia juga menambahkan kadar metabolisma dan membantu hati membakar lemak.
Jadi, gantikan secawan kopi dengan teh hijau dan minumlah sebanyak 3 kali sehari bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Namun, hindari pengambilan teh hijau yang mengandungi gula bagi tujuan mengekalkan kelebihannya.
3) Makan makanan berempah
Makan makanan berempah yang mengandungi kunyit boleh mengurangkan lemak di perut. Sebagai pengetahuan, kunyit mengandungi sejenis bahan digelar curcumin yang mempunyai diri antiradang.
Jadi, memasukkan curcumin dalam diet merupakan cara berkesan untuk menghilangkan lemak di perut kerana ia memberikan metabolisma yang sihat. Untuk hasil terbaik, pastikan kunyit yang dipilih mengandungi 96 peratus curcumin.
4) Tingkatkan pengambilan protein
Kaedah mudah untuk mengurangkan lemak di perut adalah meningkatkan pengambilan protein dan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Sebagai pengetahuan, protein bagus untuk menstabilkan gula dalam darah. Di samping itu, protein juga merendahkan tahap insulin dalam badan iaitu hormon yang memainkan tugas penting dalam merangsang penyimpanan lemak dalam badan terutamanya di sekitar perut.
5) Gunakan minyak kelapa dalam diet
Tidak seperti minyak sayuran, minyak kelapa mengandungi rangkaian sederhana trigliserida yang menyumbang kepada ciri kesihatan minyak kelapa. Sebagai pengetahuan, trigliserida senang dihadam dan ia mudah ditukarkan kepada tenaga oleh hati. Malah, ia juga merangsang metabolisma badan sekaligus membantu mengurangkan lemak di perut.
6) Elakkan tekanan
Tekanan yang kronik boleh menambahkan lemak dalam perut. Hal ini disebabkan tekanan merangsang hormon yang digelar kortisol yang bertindak menambahkan nafsu makan. Justeru, carilah jalan untuk mengurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti meditasi atau mandi air suam. Pengurusan tekanan dari hari ke hari boleh mengawal lemak dalam perut anda.
Namun, adalah penting untuk melakukan semua tips di atas bersama aktiviti fizikal dan senaman. Luangkan sedikit masa sebanyak beberapa hari dalam seminggu untuk aktiviti senaman. Bersenam bukan sahaja mempercepatkan pengempisan perut dan mengurangkan lemak, tetapi ia turut mencergaskan tubuh badan. Selain itu, jagalah pemakanan dengan teliti. Hindari makanan manis dan diproses yang boleh menjejaskan matlamat anda.
Sumber: Ceria Sihat
Akmal Hakim
Lifestyle Desk



