WAYNE Rooney menyasarkan untuk membawa Birmingham City ‘naik pangkat’ ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas diumumkan sebagai pengurus baharu kelab itu pada Khamis.
Bekas bintang Manchester United itu bersetuju dengan kontrak tiga tahun setengah bersama Birmingham City selepas meninggalkan kelab Major League Soccer, DC United pada hujung minggu lalu.
Dia menggantikan John Eustace yang dipecat walaupun membimbing Birmingham ke tempat keenam selepas 11 perlawanan liga.
“Matlamat, untuk kelab, untuk diri saya sendiri, adalah untuk mengembalikan kelab ini ke Liga Perdana.
