Mohd Puad ucap tahniah kemenangan besar BN di Johor

Mohd Puad ucap tahniah kemenangan besar BN di Johor

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang keluar daripada UMNO mengucapkan tahniah atas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Mohd Puad memberitahu, kemenangan BN menjadi bukti bangsa Johor mahu meneruskan kestabilan sedia ada demi kejayaan ekonomi yang lebih besar.

“Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada BN atas kemenangan besar mereka di PRN Johor 2026.

“Tahniah kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar) di atas kemenangan itu.

“Saya juga mengucapkan setinggi tahniah kepada dua rakan saya, Saudara Yusla Ismail yang menang di (DUN) Senggarang dan Zaidi Japar, Rengit. Saya doakan mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang,” kata dalam kenyataan di Facebook.

Pada masa sama, Mohd Puad menjelaskan beliau membantu kempen dua calon Pakatan Harapan (PH) atas kapasiti peribadi mereka.

“Apakah hala tuju politik saya selepas ini? Hanya Allah yang tahu. ‘The rest, business as usual’, katanya.

Bekas Speaker DUN Johor itu mengumumkan keluar parti sehari selepas Barisan Nasional mengumumkan senarai calon bertanding PRN, atas dakwaan UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal.

Sepanjang kempen PRN ini, Mohd Paud menghadiri program dihadiri Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Ulu Tebrau, Johor Bahru dan terakhir di Kampung Bumiputera Dalam Rengit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top