rnoraina@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Wanita yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Sesyen di sini, dicari polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, saksi bernama Monica Ak Billy, 32, itu perlu hadir perbicaraan pada 8 dan 9 Januari ini.
“Wanita itu adalah saksi penting perbicaraan kes mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mengenali wanita terbabit supaya memaklumkan pihaknya atau menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Syahir Ajamain di talian 011-62625970.
© New Straits Times Press (M) Bhd




