zatuliffah@hmetro.com.my
New York: Pusingan pembiayaan besar-besaran, kegilaan terhadap kecerdasan buatan (AI) dan harta warisan menjadikan individu dapat bergelar bilionair pada usia sangat muda.
Berikut 10 senarai bilionair termuda di dunia pada 2026, seperti dilaporkan Forbes.
1. Amelie Voigt Trejes, 20
Warganegara: Brazil
Sumber kekayaan: Jentera industri
Nilai bersih kekayaan: AS$1.1 bilion (kira-kira RM5.1 bilion)
Beliau memiliki dua peratus saham dalam syarikat global WEG. Firma itu diasaskan bersama oleh mendiang datuknya, Werner Ricardo Voight.
2. Johannes von Baumbach, 20
Warganegara: Jerman
Sumber kekayaan: Penjagaan kesihatan
Nilai bersih kekayaan: AS$6.6 bilion (kira-kira RM30.3 bilion)
Beliau adalah pewaris termuda kepada syarikat farmaseutikal Jerman, Boehringer Ingelheim.
3. Lívia Voigt de Assis, 21
Warganegara: Brazil
Sumber kekayaan: Jentera industri
Nilai bersih kekayaan: AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.44 bilion)
Beliau juga salah seorang pewaris kepada pengasas bersama WEG, dan memiliki pegangan sebanyak 3.1 peratus dalam syarikat itu.
4. Clemente Del Vecchio, 21
Warganegara: Itali
Sumber kekayaan: Cermin mata
Nilai bersih kekayaan: AS$6.8 bilion (kira-kira RM31.3 bilion)
Beliau memperoleh kekayaannya melalui pemilikan 12.5 peratus dalam syarikat pegangan Delfin, yang mempunyai kepentingan dalam EssilorLuxottica iaitu syarikat cermin mata yang memiliki jenama seperti Ray-Ban dan Persol.
5. Kim Jung-youn, 22
Warganegara: Korea Selatan
Sumber kekayaan: Permainan dalam talian
Nilai bersih kekayaan: AS$1.7 bilion (kira-kira RM7.82 bilion)
Anak perempuan bongsu kepada pengasas Nexon, Kim Jung-ju (meninggal dunia pada 2022), Kim memiliki kira-kira sembilan peratus pegangan dalam syarikat permainan dalam talian Korea Selatan–Jepun itu yang menawarkan lebih 80 permainan secara langsung kepada pemain termasuk judul popular seperti MapleStory, KartRider dan Dungeon & Fighter.
6. Surya Midha, 22
Warganegara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Perisian AI
Nilai bersih kekayaan: AS$2.2 bilion (kira-kira RM10.1 bilion)
Bilionair termuda ini adalah pengasas bersama sebuah syarikat, dengan pegangan 22 peratus. Ibu bapanya ialah migran dari India.
7. Brendan Foody, 22
Warganegara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Perisian AI
Nilai bersih kekayaan: AS$2.2 bilion (kira-kira RM10.1 bilion)
Brendan Foody ialah pengasas bersama Mercor, sebuah syarikat baharu untuk merekrut pekerja yang membantu makmal-makmal AI terbesar di Lembah Silikon Valley, dalam melatih modul mereka.
8. Adarsh Hiremath, 22
Warganegara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Perisian AI
Nilai bersih kekayaan: AS$2.2 bilion (kira-kira RM10.1 bilion)
Hiremath bersama-sama mengasaskan Mercor.
9. Kevin David Lehmann, 23
Warganegara: Jerman
Sumber kekayaan: Farmasi (drugstore)
Nilai bersih kekayaan: AS$4.9 bilion (kira-kira RM22.5 bilion)
Lehmann mewarisi kekayaannya selepas bapanya secara senyap memindahkan kepadanya dengan 50 peratus pegangan dalam dm-drogerie markt, rangkaian kedai farmasi terkemuka di Jerman pada 2017. Ketika itu, beliau hanya berusia 14 tahun.
10. Pedro Voigt Trejes, 23
Warganegara: Brazil
Sumber kekayaan: Jentera industri
Nilai bersih kekayaan: AS$1.1 bilion (kira-kira RM5.1 bilion)
Pedro ialah pemegang saham utama dalam WEG, bersama-sama dengan adik kembarnya, Felipe dan kakaknya Amelie.
*Merujuk kepada kekayaan atas usaha sendiri (self-made) dan bukannya memperolehnya secara warisan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




