Bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut terkesan atas pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia di usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.
Menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram, Muhyiddin mengenang pemergian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dengan memuat naik satu ucapan ringkas atas berita kehilangan negarawan ulung itu.
Muhyiddin kenang pemergian Pak Lah

Untuk rekod pada tahun 2009, Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi perhatian politik apabila berkeras mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Namun begitu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 2016, beliau mengakui berasa kesal berbuat sedemikian kerana memberi peluang kepada Najib untuk mentadbir negara.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terkenang kelakuan yang dilakukan Muhyiddin kepada Pak Lah selain mendakwa pemimpin tersebut seorang yang inginkan kuasa dan jawatan.
Teringat Pak Lah maafkan Muhyiddin
Teringat lagi Pak Lah maafkan Muhyiddin yg mendesak arwah berundur sbg PM. Selepas Pak Lah letak jawatan, Najib jd PM dan Muhyiddin sbg TPM.
Masa ini Muhyiddin dh tunjuk sifat nakkan kuasa hinggakan selepas itu dia desak Najib berundur & Langkah Sheraton seterusnya dia jd PM. https://t.co/RqCwdButwC pic.twitter.com/hQZ5HF0Upe
— Kiro🖐🏼 (@shinkirol) April 14, 2025
Tiada ucapan apa pun

Benda dah jadi sejarah tetap terpahat

Terdahulu, Pak Lah berkata beliau telah memaafkan Muhyiddin biarpun mengganggap perkara yang dilakukan kepadanya merupakan sesuatu tindakan tidak baik.
Bukan itu sahaja, Pak Lah juga memberitahu beliau tidak pernah menyimpan dendam dan tidak pernah marah dengan apa yang dilakukan oleh Muhyiddin dan mahu bersara dengan hati yang tenang.
Untuk rekod, Pak Lah meninggalkan seorang isteri, Tun Jeanne Abdullah dan dua anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Allahyarhamah Endon Mahmood iaitu Tan Sri Kamaluddin dan Nori.
Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin, X shinkirol




