Kecoh di media sosial hari ini video memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam dipercayai memegang pisau di kawasan sekolah.
Dalam insiden mengejutkan itu, seorang pelajar berusia 15 tahun dilaporkan cedera selepas ditikam sebelum dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.
Bapa terkejut anak jadi mangsa kes di Banting
Memetik laporan Harian Metro, bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim, berkata dia tidak menyangka panggilan yang diterimanya daripada pihak sekolah membawa berita yang begitu mencemaskan.

Menurutnya, ketika tiba di hospital, keadaan anaknya agak serius namun remaja itu masih sedar dan mampu bercakap.
Doktor kemudian memaklumkan bahawa anaknya mengalami beberapa kecederaan termasuk pada bahagian paru-paru kiri.
Mohd Firuz turut mendakwa anaknya mempunyai kira-kira 14 kesan tikaman dengan kebanyakan kecederaan berlaku di bahagian belakang badan.
Selain itu, mangsa juga dikatakan mengalami kecederaan lain pada bahagian muka dan kepala.
“Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat” – Bapa

Katanya, anaknya mengenali pelajar berusia 15 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut kerana mereka pernah berada dalam kelas yang sama sebelum ini.
Walaupun anaknya menjadi mangsa dalam kejadian itu, Mohd Firuz berkata, mungkin anaknya bukan sasaran sebenar suspek.
Sebaliknya, dia berpendapat anaknya mungkin berada terlalu dekat ketika insiden berlaku sehingga tidak sempat menyelamatkan diri.
Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya. Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri.
Walaupun sedih dengan apa yang menimpa anaknya, Mohd Firuz berkata dia kini mahu memberi tumpuan kepada proses pemulihan remaja tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan suspek kes tikam di sekolah itu telah ditahan pihak polis.
JPN Selangor turut menyatakan pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.
Pssttt! Semoga mangsa diberi kekuatan untuk pulih sepenuhnya dan keluarganya terus tabah menghadapi ujian ini. Pada masa sama, biarlah siasatan dijalankan dengan telus tanpa spekulasi berlebihan daripada orang ramai.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




