Penyanyi Azharina Azhar berseloroh mengatakan mungkin jodoh barunya belum dilahirkan lagi serta menyerahkan segalnya kepada ketentuan takdir.
Memetik Harian Metro, Azharina turut bergurau mengatakan mungkin dia perlu memujuk Salman Khan untuk mengahwininya kerana dia meminati pelakon terkenal Bollywood sejak dulu lagi.
BACA: Azharina Azhar Disahkan Hidap Kanser
“Saya percaya jodoh (baharu) saya belum lahir lagi. Selepas 17 tahun hidup bersendirian, saya tak tahulah mungkin belum sampai rezeki saya untuk berkahwin. Jadi, saya menganggap jodoh saya belum lahir.
“Mungkin saya harus memujuk Salman Khan untuk mengahwini saya kerana dia adalah lelaki teragung, cinta abadi saya daripada saya anak dara sunti sampailah jadi janda,” katanya.
Sementara itu, penyanyi berusia 40 tahun itu berkata sehingga kini belum ada lelaki yang berani untuk mendekatinya dan fokusnya kini untuk membesarkan kedua-dua anaknya.
“Mereka asyik takut saja tengok saya. Jadi, saya maafkanlah pada mereka dan keluarga mereka. Saya tak kisah pun.
“Kalau ia datang (jodoh), datanglah. Kalau tak datang pun tak apalah, saya terima. Saya pun tak nak ‘stress’ (tertekan). Banyak sangat kes perceraian, kes itu kes ini, jadi saya tak nak pening. Fokus pada keperluan buat masa sekarang.
“Keperluan hidup saya sekarang adalah membesarkan dua anak saya iaitu Rahmad, 11, dan Redho, 8. Itu tanggungjawab saya kepada mereka sangat besar,” katanya.
Dalam pada itu, Azharina mengakui ada yang cuba mendekati sepanjang 17 tahun hidup solo, malah ada yang datang berjumpa dengan Allahyarham bapanya.
“Tapi, arwah bapa saya tidak terima. Sebab, bapa saya kata carilah duit. Tak payah saya pening-pening kepala. Katanya, abah rasa nanti kasihan pada lelaki itu. Tertekan dia kahwin sama kau.
“Iyalah, mungkin sebab bapa saya dan keluarga tahu, saya seorang sangat suka menyanyi. Saya menyanyi bukan kerana duit, kadang-kadang saya menyanyi hanya kerana sangat minat,” katanya.
Azharina pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Shukri Mohamed pada 2005 namun bercerai pada 2008.
Sumber: Harian Metro




