“Dah Tua, Tak Sesuai” – Netizen Tegur Liyana Jasmay Pakai Skirt Pendek

“Dah Tua, Tak Sesuai” – Netizen Tegur Liyana Jasmay Pakai Skirt Pendek

Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon Liyana Jasmay menjadi perhatian ramai apabila dilihat ada memuat naik gambar mengenakan skirt pendek.

Seperti sudah dijangka, meskipun ramai yang memuji pelakon itu dilihat muda, namun ada yang kurang senang dengan penampilannya apatah lagi bergelar seorang ibu dan isteri.

BACA: Liyana Jasmay Banyak Istighfar Selepas Terikut Trend Menari Beri Duit Raya

Baru-baru ini, Liyana ada memuat naik momen ketika berada di Jakarta mengenakan baju berwarna hitam bersama skirt pendek berwarna kelabu.

Tidak kurang, ada yang mengaitkan dengan imejnya yang sebelum ini bertudung. Bagaimanapun, ada yang menitipkan nasihat buat pelakon itu untuk tampil lebih sopan dan netizen memberi teguran tanda sayang.


Scroll to Top