Murid Tahun Enam Rebah Ketika Perhimpunan, Pernah Mengadu Sakit Dada Kepada Bapa

Murid Tahun Enam Rebah Ketika Perhimpunan, Pernah Mengadu Sakit Dada Kepada Bapa

Trending

Murid Tahun Enam di Klang meninggal dunia selepas rebah semasa perhimpunan sekolah.


Suasana pagi di sebuah sekolah di Klang bertukar pilu apabila seorang murid Tahun Enam dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri perhimpunan bulanan pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa dikatakan pernah mengadu sakit dada kepada bapanya kira-kira dua minggu sebelum kejadian berlaku sebelum dibawa mendapatkan rawatan di klinik.

Mangsa pernah jalani pemeriksaan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, hasil pemeriksaan ketika itu mendapati mangsa berada dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

Polis turut memaklumkan bahawa pihaknya sudah merakam keterangan daripada guru besar sekolah dan juga bapa mangsa bagi membantu siasatan lanjut.

Murid

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahim Darwisy Yusmafendi merupakan anak tunggal kepada seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Pssttt! Pemergian seorang kanak-kanak ketika sedang menjalani rutin harian di sekolah sememangnya menyentuh hati ramai. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh sukar ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top