MyEG tukar nama kepada Zetrix AI berkuat kuasa 3 Julai

MyEG tukar nama kepada Zetrix AI berkuat kuasa 3 Julai
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX. Foto Bernama

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX. Foto Bernama

MyEG Services Bhd (MyEG) pada Isnin mengumumkan pertukaran namanya kepada Zetrix AI Bhd berkuat kuasa 9 pagi, 3 Julai (Khamis).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX.

“Nombor saham kekal tidak berubah,” katanya.

MyEG merupakan pemegang konsesi bagi aplikasi utama MSC kerajaan elektronik Malaysia bagi membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik bagi menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada warganegara dan perniagaan Malaysia. – Bernama

 

 

Scroll to Top