MySejahtera johan kategori teknologi Hari Inovasi KKM 2020

MySejahtera johan kategori teknologi Hari Inovasi KKM 2020

faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera dibangunkan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya meraih tempat pertama bagi kategori teknologi sempena sambutan Hari Inovasi KKM 2020.

Anugerah diberikan kepada aplikasi dengan pelbagai fungsi maklumat teknologi bertujuan membendung pandemik COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata MySejahtera adalah cetusan idea Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, Dr A Maheshwara Rao dengan kerjasama Pengarah Kawalan Penyakit, Datuk Dr Norhayati Rusli serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“MySejahtera juga sudah memenangi anugerah seperti Global ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) Excellence Awards (November 2020) – WITSA (World Information Technology and Services Alliance) serta Quality Service Award Asia 2021 (Gold) – Reader’s Digest.

“Aplikasi itu juga dicalonkan untuk ‘World Summit Information Society Award 2021’. Insya-Allah kita doakan terbaik.

“Tahniah kepada CPRC dan pasukan MySejahtera. Insya-Allah, kita akan terus menambah baik MySejahtera dalam masa terdekat sebagai aplikasi digital membendung penularan COVID-19 dan penyakit berjangkit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd