Nadia Brian Dilabel ‘Kayu’, Menangis Tak Menjadi

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Hangat diperkatakan mengenai drama Aku Yang Kau Gelar Isteri mengenai cerita mistik dan ilmu hitam yang sudah melabuhkan tirainya semalam, ramai yang memuji lakonan Sharifah Sakinah yang membawa watak Laila.

Namun, ada cerita tak sedap di dengar apabila ramai yang mengkritik lakonan Nadia Brian yang didakwa masih ‘kayu’ dan dikatakan tidak menjadi.

BACA: Nadia Brian Belajar Mengaji Muqaddam Semula

Malah, ada yang mengkritik babak menangis lakonan Nadia sebagai Raihani juga gagal kerana langsung tidak nampak air mata. Menangis macam nak rak, tapi setitik pun air mata tak keluar.

Netizen hanya luahkan pendapat mereka sahaja. Apa pun mungkin selepas ini Nadia boleh belajar dengan pelakon air mata, Wan Maimunah. Kalau tengok je lakonan Wan Maimunah memang penonton auto menangis sekali.