mhafis@mediaprima.com.my
Sepang: Empat rakyat Malaysia yang berada di Cyprus sudah diminta berlepas ke Istanbul, Turkiye untuk bersama 23 sukarelawan Malaysia Global Sumud Flotilla (GSF) yang selamat tiba malam ini.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery berkata, pihaknya ingin memaklumkan empat delegasi Malaysia yang berada di Cyprus iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mazian Seman, Serieffa Mushtafa Albakry dan Ariff Budiman sudah diminta berlepas ke Turkiye untuk bersama dengan delegasi.
“Begitu juga dengan dua orang delegasi kita yang disusun peranan ke Jordan dan lima peguam kita yang bertungkus lumus daripada Amman, Jordan juga akan bersama di Istanbul nanti.
“Alhamdulillah mereka sihat, mereka akan terbang dan bersama dengan kita di Istanbul nanti,” katanya pada sidang media harian di Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Central Warehouse, di sini, malam ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




