Nahas pelajar UPSI: Sultan Pahang titah semua masjid anjur solat jenazah ghaib

Nahas pelajar UPSI: Sultan Pahang titah semua masjid anjur solat jenazah ghaib

am@hmetro.com.my

Kuantan: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik, Perak pada Isnin lalu.

Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan berkata, baginda turut menitahkan bacaan Yasin dan tahlil dilaksanakan selepas solat Maghrib hari ini.

“Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat dan mendoakan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya.

Isnin lalu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas persiaran yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat.

Kemalangan itu turut menyebabkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top