Nampak Macam Real! Tular Aplikasi QR Code Palsu Tipu Transaksi | Oh! Media

Nampak Macam Real! Tular Aplikasi QR Code Palsu Tipu Transaksi | Oh! Media

Para peniaga zaman kini nampaknya perlu lebih berhati-hati menyemak bayaran yang dibuat pelanggan melalui kod QR.

Mana tidaknya, tular satu aplikasi di mana pelanggan boleh menipu seolah-olah bayaran sudah dibuat. Aplikasi ini membolehkan pembeli mencipta resit pembayaran palsu yang kelihatan seolah-olah sah.

Aplikasi cipta transaksi palsu

Pelanggan hanya perlu memasukkan nama akaun dan jumlah bayaran lalu paparan ‘berjaya’ akan dihasilkan.

Akibatnya, peniaga yang tidak menyedari muslihat ini mungkin berdepan kerugian kewangan.

Resit nampak macam real

qr code

Pendedahan mengenai kewujudan aplikasi tersebut mengundang rasa marah orang ramai. Netizen mengutuk aplikasi yang disifatkan melampaui batas.

Netizen menyarankan peniaga menggunakan alat audio yang boleh mengesan sekiranya bayaran sudah dibuat ke akaun bank.

#OhmediaNasihat

Fuh licik betul! Teknologi yang semakin canggih sepatutnya digunakan untuk kebaikan, bukannya menganiaya orang lain begini. Sebagai peniaga, pastikan anda memeriksa setiap transaksi dengan teliti dan pertimbangkan penggunaan alat tambahan seperti audio pengesah transaksi.


Scroll to Top