Neelofa gementar nak bersalin, harap bayi dilahirkan secara normal

Selepas lapan bulan tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung spekulasi berbadan dua, selebriti dan usahawan popular Neefola memaklumkan sedang menghitung hari untuk bersalin.

Memetik laporan Kosmo! Online, selebriti berusia 33 tahun itu mengakui gementar bagi melalui proses melahirkan cahaya mata sulungnya nanti.

“Ya, sekarang ini saya menghitung hari dan bila-bila masa sahaja akan bersalin. Insya-Allah kami akan umumkan berita kelahiran anak kami nanti.
“Gementar juga nak melalui proses melahirkan nanti, harap akan dapat bersalin normal jika semuanya dalam keadaan baik,” katanya semalam.

Tambah bekas pengacara MeleTOP itu, dia sudah melakukan pelbagai persiapan selain bertanya tips dan nasihat daripada ahli keluarga sebelum bergelar ibu.

“Alhamdulillah barangan bayi sudah kami sediakan.
“Ternyata proses mengandung, melahirkan dan menjadi seorang ibu merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza.
“Mental juga perlu bersedia dengan banyak membaca dan bertanya nasihat daripada ahli keluarga kami,” ujarnya.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Haris Ismail pada di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Neelofa