Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor mencuri tumpuan selepas diminta peminat untuk berkongsi tips mencari jodoh.
Perkara itu dikongsi pengguna media sosial menerusi platform TikTok miliknya baru-baru ini.
Video perkongsian berdurasi 33 saat itu memperlihatkan Neelofa bersama suaminya, PU Riz usai menghadiri majlis agama berjudul, Hati Tenang Bila Jiwa Kenyang yang berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Selalu kalau kita minta jodoh nak macam ni, macam tu lah kan… tapi akhirnya dapat PU Riz.
“Tapi ini doa yang diamalkan, ‘Ya Allah berikanlah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku’. Itu adalah doa yang ringkas, padat tapi konsisten bacan doa yang sama je,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi perkara sama yang diamalkan Neelofa.
Namun, terdapat juga segelintir daripada mereka yang berseloroh meminta agar Neelofa berkongsi tips yang sama kepada adiknya, Ameera Khan.




Terdahulu, gosip cinta antara Ameera dan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol menuai tumpuan selepas kedua-duanya berkongsi foto mesra di laman sosial masing-masing.
Malah, Ameera juga kelihatan terbuka ketika disoal mengenai hubungan mereka berdua.




