Sambut hari lahir, Jefri Nichol tiup lilin di kek wajah Ameera Khan

Sambut hari lahir, Jefri Nichol tiup lilin di kek wajah Ameera Khan

Aktor dari Indonesia, Jefri Nichol tiup lilin di kek yang dihiasi wajah Ameera Khan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya pada 15 Januari.

Menerusi hantaran di Insta Story masing-masing, Jefri dilihat berkongsi gambar kek tersebut yang turut dihiasi dengan ucapan mendoakan supaya setiap impiannya menjadi kenyataan.

Jefri Nichol tiup lilin, bagi ucapan romantis

Dalam pada itu, Ameera yang turut sama meraikan ulang tahun kelahiran aktor kacak tersebut telah memuat naik semula posting yang dibuat oleh Jefri dengan meninggalkan kapsyen romantis.

Artikel lain: “Dia playboy? Bagus!”- Ameera Khan harap hubungan dengan Jefri Nichol kekal, ibu bapa restu

Jefri Nichol tiup lilin di kek wajah Ameera

Difahamkan pelakon utama filem Jakarta Vs Everybody itu menyambut ulang tahun yang ke-26 memandangkan tarikha lahirnya adalah 15 Januari 1999.

Dia yang dilihat rapat dengan adik kepada selebriti terkenal Malaysia, Neelofa seakan sudah tidak menyorokkan lagi hubungan mereka apabila masing-masing dilihat berkongsi momen bersama di media sosial.

Jefri Nichol tiup lilin

Terdahulu, Ameera Khan ada memaklumkan bahawa hubungan mereka mendapat restu keluarga dan berharap supaya ia berkekalan.

Dia juga pernah mengatakan menerusi siaran langsung di TikTok bahawa tidak kisah jika Jefri seorang ‘playboy’ kerana memandangkan pelakon itu seorang yang popular serta berpenampilan menarik.

Sumber: Instagram Jefri Nichol, littlemisskhan

Scroll to Top