Neelofa sah bergelar isteri PU Riz

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa menamatkan spekulasi majlis pernikahannya apabila sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, PU Riz di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.

Dengan sekali lafaz, PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, melafazkan akad itu dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohammad Al-Bakri selaku jurunikah.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Menurut bekas pengacara MeleTOP itu, untuk hantaran pilihannya dan Haris hanya memberi yang wajib sahaja.

“Kami hanya memberi yang wajib,bagaimanapun untuk mas kahwin saya telah menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki,” kata Neelofa dalam satu kenyataan  hari ini.

Sementara itu, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt di ibu negara dan dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan selebriti yang lain.

Neelofa memilih busana rekaan Alia Bastamam untuk majlis akad nikahnya itu.

Haris serta tetamu turut mengenakan pakaian rona putih sempena majlis pernikahan yang berlangsung dalam sebuah dewan yang indah dihiasi bunga segar putih bertemakan Jabbal Rahmah di Mekah.

Sebelum ini, Neelofa dan Haris telah selamat mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020. – MalaysiaGazette