puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Selepas sekian lama menanti, pelakon, Nelydia Senrose akhirnya berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan cahaya mata pertamanya.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, berkongsi khabar itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya, hari ini.
Apa yang lebih istimewa, pengumuman itu dibuat bersempena sambutan ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Menerusi kapsyen yang cukup romantis, Nelydia menyifatkan kehadiran cahaya matanya itu sebagai pelengkap cinta mereka sepanjang tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.
“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th Anniversary to us (Tujuh tahun yang indah menyayangi antara satu sama lain telah bertukar menjadi degupan jantung. Selamat ulang tahun yang ketujuh buat kami),” tulisnya.
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
Untuk rekod, Nelydia dan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
© New Straits Times Press (M) Bhd




