Netizen Bangga Pelancong Malaysia Masuk Running Man, Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah! – “Tak sangka Song Ji Hyo Depan Mata”

Netizen Bangga Pelancong Malaysia Masuk Running Man, Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah! – “Tak sangka Song Ji Hyo Depan Mata”

Heboh di media sosial memaparkan satu momen mencuri tumpuan apabila dua pelancong dari Malaysia secara spontan terbabit dalam rancangan popular Korea Selatan, Running Man.

Menerusi episod terbaharu program tersebut, dua individu wanita mengejutkan ramai apabila dengan yakin menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh ahli Running Man termasuk Song Ji Hyo.

Lebih membanggakan, kedua-dua wanita tersebut bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, malah tenang memberikan jawapan yang tepat sehingga membuatkan ahli Running Man terkejut.

Misi permainan ketika itu menguji dua pelancong wanita itu untuk menyambung suku kata terakhir daripada perkataan yang disebut ahli Running Man.

Salah seorang ahli menyebut “Gangnam”, tanpa teragak-agak, pelancong Malaysia itu terus menyambung dengan jawapan tepat, ‘Namdaemun’.

Rakaman detik itu pantas tular di media sosial, dan rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat rakyat tempatan muncul dalam rancangan kegemaran ramai itu.

“Bangga gila weh, orang Malaysia masuk Running Man! Rare betul moment ni,” tulis netizen.

“Steady je dia jawab, siap dapat perhatian Ji Hyo lagi. Malaysia represent!,” kata netizen lain.

Dalam klip tersebut, kelihatan pelancong terbabit sukar menyembunyikan rasa teruja apabila berhadapan secara dekat dengan Song Ji Hyo, bintang wanita yang menjadi idola ramai peminat Running Man sejak lebih sedekad lalu.

Scroll to Top