Ibu mana yang tak sayang akan anak-anaknya. Kalau boleh, apa sahaja yang diinginkan anak pasti akan diusahakan untuk ditunaikan.
Biasanya, sebagai ibu bapa, memberi hadiah ataupun kek sewaktu ulang tahun kelahiran mereka akan menjadi sesuatu yang sangat diingati oleh anak-anak kerana seolah-olah memberi penghargaan kepada mereka.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita yang datang bertemu anaknya untuk memberikan sesuatu bersempena hari lahir kanak-kanak tersebut.
Namun, menurut wanita yang menggunakan nama @semuthijau5, dia tidak mampu untuk membelikan kek buat anaknya, jadi menggantikan dengan membelikan makanan bungkus sebagai hadiah hari lahir.
@semuthijau5 Hari ni bnyak liku2 yg aku lalui maff kn ibu x mmpu nk beli hdiah bfday mhal2 macam ibu org lainn #kecewa
Dalam kapsyen yang disertakan, @semuthijau5 memaklumkan yang banyak liku-liku yang telah dilalui dan meminta maaf kepada anaknya kerana tidak mampu membelikan hadiah yang mahal seperti ibu orang lain.
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, netizen berasa pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan wanita itu kerana melihat dia memandu kereta mewah ketika menghantar makanan tersebut.


Tak hanya itu, ada netizen yang merasakan posting berkenaan adalah sekadar konten untuk meraih viewers memadangkan video tersebut telah meraih hampir sejuta tontonan hanya dalam masa sehari sahaja selepas dimuat naik.


Namun begitu ada juga yang mengatakan kita tidak tahu masalah wanita tersebut kerana bukan semua yang memandu kereta mewah tidak mempunyai masalah kewangan.



Sumber: TikTok @semuthijau5

