Pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz menjadi perhatian ramai apabila tular poster mengenai kelas agama yang dianjurkan oleh mereka pada 30 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa terkejut mengenai yuran yang dikenakan didakwa mencecah sehingga rm850 untuk seorang.
BACA: PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Sebab Berniqab

Menurutnya, kebiasaannya kuliah agama yang diadakan secara percuma atau sekadar menerima sumbangan seikhlas hati.
“Dulu kalau kuliah majlis agama, tak ada bayaran. Memang percuma atau bagi sedekah. Ada juga penganjur yang kenakan bayaran yang sewajarnya. Tapi ini tapau RM850.
“Kau rasa ilmu apalah sangat dia ajar. Memang tak boleh dengan dia ni. Memang aku boikot. Ini kawan aku hantar sekadar buat lawak. Jom belajar ilmu termahal,” katanya.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan pengalaman mereka menghadiri program pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, ada yang beranggapan bayaran yang dikenakan agak mahal melihatkan pada kos sewa tempat, kos makan serta pelbagai lagi kos diambil kira.

Dalam poster berkenaan, kelas ilmu yang dikenakan bayaran RM850 itu hanya terhadap kepada 45 orang dan diadakan secara tertutup.




