Neymar mahu kembali bermain dengan Messi

Paris: Neymar mendedahkan bahawa dia begitu terdesak untuk kembali bermain bersama bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi pada musim hadapan.

Perkara itu sekaligus menimbulkan persoalan samaada Messi akan berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG), Manchester City atau kekal bersama Barcelona.

Kontrak Neymar di PSG akan tamat pada 2021 dan masa depannya bersama kelab Perancis itu masih belum diketahui.

Manakal kontrak Messi bersama Barcelona juga akan tamat pada 2021 ini.

Sebelum ini, Neymar dan Messi pernah bergandingan selama empat musim di Barcelona dengan membentuk trio serangan berbahaya bersama Luis Suarez.

Namun, Neymar memilih untuk berhijrah apabila mencipta rekod dunia dengan perpindahan bernilai 198 juta pound (RM1.07 bilion) ke PSG pada musim panas 2017.

“Saya mahu beraksi sekali lagi bersama Messi. Saya mahu bergembira di atas padang bersamanya”, katanya.

“Saya yakin tahun hadapan kami boleh melakukannya semula”, katanya lagi.

Sumber: UM

Akmal Hakim
Sports Desk