Kuala Lumpur: Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan Malaysia dan Singapura dijangka akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dalam satu kenyataan bersama pada waktu sesuai.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong saling memaklumkan mengenai hasil perbincangan dan memahami kedudukan Malaysia dan Singapura.
“Muhyiddin dan Lee Hsien Loong mengadakan sidang video mengenai Projek HSR berikutan tarikh akhir pelanjutan kedua dan penangguhan Projek HSR adalah pada 31 Disember 2020.
“Kedua-dua Perdana Menteri menegaskan hubungan dua hala yang kuat antara kedua-dua negara merangkumi pelbagai bidang kerjasama dan keinginan yang kuat untuk terus memperkukuhkan hubungan bagi kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.
Malay News
National Desk