Noir dan Sabella sumbang 1,000 pasang baju raya

Noir dan Sabella sumbang 1,000 pasang baju raya

KUALA LUMPUR – Memahami keluh kesah rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup tinggi sehingga ada segelintir tidak mampu membeli persiapan raya.

Pengasas Noir, Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak 1,000 pasang pakaian Sabellah pada golongan yang memerlukan.

Tambahnya, inisiatif itu tercetus semasa beliau bersama dan suamin berada di Mekah baru-baru ini.

“Semasa berada di sana (Mekah), saya ada melihat keluhan ramai orang yang tidak mampu membeli baju raya.

“Bermula dari situ, saya menghubungi pengasas Sabella, (Siti Fatimah Abdul Samat) yang juga sahabat saya untuk berkolaborasi dengannya bagi mendapatkan baju kurung untuk diberikan secara percuma.

“Malah Siti (Fatimah) juga mengambil inisiatif memberikan baju kurung itu pada harga berpatutan kerana dia juga mahu menyumbang dalam program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemberian 1,000 Pasang Baju Raya di Ibu Pejabat Sabella di Batu Caves, Gombak hari ini.

Madammu berkata, pemberian baju raya itu dilakukan secara terbuka dengan setiap individu yang datang ke Ibu Pejabat Sabella hari ini boleh mengambil pakaian berkenaan.

“Kita percaya mereka yang datang ke sini hari ini adalah individu yang memerlukan. Jadi, mereka boleh ambil sepasang baju raya setiap seorang.

Dalam pada itu, Madammu juga berharap usaha murni itu dapat diperluaskan tahun hadapan dengan memberi bantuan pakaian lelaki dan kanak-kanak juga. – MalaysiaGazette