Nora Danish selalu terfikir tentang kematian, rasa takut nak naik pesawat

Nora Danish selalu terfikir tentang kematian, rasa takut nak naik pesawat

Siapa sangka, pelakon cantik, Nora Danish sebenarnya mengalami masalah anxiety dan sering berfikir buruk tentang sesuatu perkara.

Menerusi perkongsiannya kepada Mstar, Nora memaklumkan yang dia kerap berfikir tentang kematian sehingga ada ketika berasa sangat takut untuk menaiki pesawat.

Ujarnya, perubahan yang dialami mungkin disebabkan faktor usia yang mana dia kini sudah menjangkau 40 tahun.

“Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan saya sentiasa fikir tentang kematian.”
“Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.”
“Bagaimanapun saya tidak mahu anggap ia sebagai satu yang negatif, sebaliknya fikir apa yang saya alami ini sebagai satu superpower yang boleh saya salurkan kepada perkara positif. Dengan cara ini saya akan lebih menghargai orang sekeliling,” katanya.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan diri berada dalam tekanan, dia akan terus mengingatkan diri supaya tidak berputus asa serta melakukan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

“Saya tidak terkesan dengan kata-kata orang kerana tahu tidak semua sukakan kita. Namun dari segi kerjaya apabila kita meletakkan satu sasaran dan tidak tercapai ia akan jadi tekanan.”
“Saya selalu bayangkan di usia 40 tahun akan capai pelbagai perkara namun masih ada yang belum dikecapi.”
“Tidak salah untuk menangis jika rasa tertekan. Saya ingatkan diri sendiri supaya jangan mudah berputus asa dan menjadi lebih baik esok hari,” katanya.

Untuk rekod, Nora Danish telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pada Mac lalu. Siapa sangka pelakon cantik ini sudahpun berusia 40an memandangkan dia masih relevan sebagai seorang heroin kerana memiliki wajah baby face.

Nora Danish telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Nedim Nazri Aziz dan dikurniakan seorang cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Nora dan Nedim masing-masing mempunyai seorang anak lelaki dari perkahwinan pertama mereka.

Sumber: Mstar (Farol Hadi)