Oh! Artis
Norreen Iman berkongsi dirinya kini bebas daripada hubungan toksik dan memilih untuk mengutamakan diri, anak-anak serta ibunya.
Pelakon Norreen Iman akhirnya membuka cerita mengenai perubahan besar yang berlaku dalam kehidupannya selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri.
Menurut Norreen, dia kini berada dalam fasa baharu apabila berjaya keluar daripada hubungan yang disifatkannya sebagai toksik. Walaupun sedar ada yang memandang serong, dia memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan penerimaan orang lain.
Norreen Iman tidak lagi perlukan validasi

Norreen berkata dia kini lebih mengutamakan kebebasan dan ketenangan diri berbanding terus terperangkap dalam hubungan yang menjejaskan nilai dirinya.
Mungkin saya nampak seperti orang yang jahat sekarang tetapi tidak mengapa. Saya tidak perlukan validasi sesiapa. Apa yang penting saya sudah bebas daripada perkara yang membuatkan saya tersekat dengan jerat cinta, tanggungjawab dan nilai diri.- Katanya.
Pelakon berusia 32 tahun itu turut menegaskan dia tidak mahu dilihat sebagai mangsa. Sebaliknya, dia menganggap dirinya seorang pejuang yang berjaya keluar daripada situasi yang pernah memusnahkan keyakinan dirinya.

Saya terselamat daripada perkara yang membuatkan saya seperti wanita bodoh. Saya rasa tidak berguna, tidak pernah dilihat, tidak pernah didengari dan tidak pernah dihargai.
Satu perkara yang buatkan saya semakin kuat ialah saya perlu bekerja keras demi orang tercinta. Daripada seseorang yang bergelut, akhirnya saya terselamat.- Luahnya lagi.
Fokus kepada keluarga

Norreen turut mendedahkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk keluar daripada kehidupan yang menyesakkan itu. Dia bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan sehingga berjaya memilih jalan yang lebih baik.
Saya dah lama nak bebaskan diri saya dan Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan saya sebab saya nak pilih diri saya berbanding toksik.
Lupakan segala lebam, segala perkara yang mengubah diri saya sehingga saya bukan lagi diri sendiri, segala bil psikiatri dan mereka yang membenarkan semua itu berlaku.
Saya pilih diri saya, anak-anak dan ibu. Biarkan saya beri tumpuan kepada mereka. Segala kebisuan yang saya pendam selama ini, setiap tangisan dan fikiran setiap malam, saya sudah tidak mahu lagi.- Katanya.

Bagaimanapun, Norreen sedar perubahan dirinya berlaku secara drastik dan mungkin salah. Namunm dia tetap cuba untuk menjadi lebih baik.
Sebelum ini, nama Norreen menjadi perhatian apabila tampil dengan penampilan baharu tanpa berhijab beberapa bulan selepas mengumumkan perceraian dengan suaminya.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




