NSL: Johor Jewels belum mahu dabik dada

NSL: Johor Jewels belum mahu dabik dada

Adri (tiga dari kiri) melancarkan serangan ke kubu Venom dalam aksi NSL 2023 di Bukit Kiara pada Sabtu. – Foto FB NSL.

JOHOR Jewels membuktikan statusnya sebagai juara bertahan apabila meneruskan rentak kemenangan setelah membenam pasukan tercorot, Negeri Sembilan Venom dalam saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu.

Pengalaman dan kualiti jelas memisahkan pasukan dari selatan tanah air itu apabila Johor Jewels yang dibimbing Tracey Robinson mendominasi sepenuhnya perlawanan untuk menang 70-18.

Gandingan mantap goal shooter (GS), An Najwa Azizan dan goal attack (GA), Adri Sheila Kannemeyer ternyata mudah buat Johor Jewels mengutip 19-1 pada suku pertama.

Situasi bertambah sukar buat Negeri Sembilan Venom apabila Farwiza Mohd Fauzi masuk sebagai GA menggantikan Adri pada suku kedua untuk Johor Jewels menokok jaringan 22-2.

Scroll to Top