
Aksi pemain Jewels, Nurfariha Abdul Razak (kanan) ketika menentang Wildcats dalam perlawanan akhir NSL 2023 di Bukit Kiara pada Ahad. – Foto Facebook NSL (Gambar kecil: Alwiyah)
LIGA Super Bola Jaring (NSL) edisi keempat musim depan bakal diwarnai dengan aksi yang lebih menarik dan mengagumkan menerusi kemungkinan tambahan pasukan yang bertanding.
Bayangan itu diberikan oleh Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib yang berharap penganjuran kejohanan tersebut menampilkan kelainan dalam setiap edisi.
Beliau berkata, cadangan mengenai perkara itu akan dibincangkan dengan Astro dalam usaha untuk memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lebih baik dan mengujakan.
“Penganjuran tahun pertama pada 2021 sebagai permulaan untuk percubaan, edisi kedua berlaku penambahbaikan dan musim ketiga 2023 lebih menakjubkan menerusi kehadiran pemain import.



