NSM: Malaysia perlu ambil tindakan undang-undang, diplomatik terhadap Norway – Ahmad Zahid

NSM: Malaysia perlu ambil tindakan undang-undang, diplomatik terhadap Norway – Ahmad Zahid

MERSING – Malaysia perlu mengambil tindakan undang-undang dan diplomatik yang tegas terhadap Norway, susulan tindakan negara Scandinavia itu membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu disifatkan sebagai tidak beretika, memandangkan perolehan dibuat melalui tender terbuka dan telah melalui kajian spesifikasi yang terperinci.

“Kita bukannya mahu menyerang mana-mana negara, sebab sistem pertahanan kita adalah untuk mempertahankan diri dan dalam keadaan yang begitu tidak sepatutnya Malaysia dihukum, dengan penghentian pembekalan peluru berpandu berkenaan,” katanya pada sidang media di Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Endau di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kementerian Pertahanan untuk tidak lagi meneruskan sebarang perolehan dan kontrak ketenteraan dengan Norway.

Beliau berkata, Kementerian Luar juga perlu mengambil tindakan jangka panjang dan bukan sekadar menghantar nota bantahan, meskipun Norway dikatakan menerima arahan daripada pihak lain bagi menghentikan bekalan itu.

 

Scroll to Top