Nurul Izzah diijabkabulkan dengan Yin Shao Loong

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selamat diijabkabulkan dengan penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Lopng petang Jumaat.

Khabar gembira itu dikongsi Nurul Izzah di laman Facebook malam tadi.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” kata anak perempuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam hantaran tersebut.

Ini merupakan perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas rumah tangga yang dibina bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim tidak dapat dipertahankan lagi pada 2015. – MalaysiaGazette