Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri seakan menjawab pertanyaan aktor itu yang bertanya mengenai keadaan anak-anak, Humairah dan Umar yang kini menetap di Australia.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Shuhada memuat naik sebuah foto dan video memaparkan kedua-dua anaknya yang tampak ceria dan berada dalam keadaan sihat.
“Ada orang rindu Umar dan Humairah ke? Sihat saja diorang berdua dekat sini. Enjoying their childhood life with positive environment and people who love both of them sincerely.” tulisnya.


Sebelum ini, Hafidz berkata kali terakhir mereka berhubung adalah menerusi panggilan video sebelum berpindah ke Australia mengikut bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tanpa meminta izin darinya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu, Puteri Ummi Karitini memaklumkan telah menghantar surat sebanyak empat kali kepada bekas peguam Shuhada untuk mengadakan perjumpaan namun tidak berbalas.
Pada pagi Khamis, Hafidz memfaikan dua tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap kedua-dua aaknya itu.
Puteri Ummi memaklumkan kes perbicaraan kes akan bersambung pada 25 Februari ini.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai 2023.
Artikel Berkaitan: Setahun Tak Berjumpa, Hafidz Roshdi Tak Tahu Khabar Anak-Anak Di Australia – “Bekas Isteri Ke Sana Tanpa Izin Saya”




