Amsterdam: Pertahanan kiri Australia, Jordan Bos akan terlepas tiga bulan pertama musim baharu bersama Feyenoord selepas mengalami kecederaan lutut pada Piala Dunia 2026, kata kelab Belanda itu, hari ini.
Feyenoord menjelaskan Bos berjaya menjalani pembedahan, hari ini, dengan lutut kirinya dipasang pendakap selepas terpaksa dikeluarkan akibat diasak keras pada babak pertama ketika menentang Mesir.
Australia tersingkir pada Piala Dunia selepas tewas kepada Mesir menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan 32 terakhir di Dallas pada 4 Julai lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu berada dalam skuad utama bagi semua perlawanan Australia pada Piala Dunia selepas berjaya mengatasi siri kecederaan hamstring yang serius untuk memperoleh perpindahan ke Feyenoord.
Dia menjaringkan empat gol dalam 36 penampilan pada musim pertamanya selepas berpindah dari Westerlo di Belgium.
© New Straits Times Press (M) Bhd




