TOKYO: Olimpik Tokyo 2020 diisytiharkan tamat sebentar tadi oleh Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach yang mengatakan temasya yang tergendala akibat pandemik itu “pengembaraan Olimpik paling mencabar.”
“Kini saya akan menandakan penamat pengembaraan Olimpik paling mencabar ke Tokyo: Saya mengisytiharkan temasya ke-32 Olimpik ditutup,” katanya.
Sementara itu bendera Olimpik diserahkan kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo untuk temasya 2024.
Hidalgo mengibarkan bendera berkenaan yang dihiasi lima gelung Olimpik selepas menerimanya daripada Bach. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




