Seorang pengulas makanan berpengalaman berpendapat bahawa bangsa lain yang membuat konten mengenai reviu makanan Melayu adalah tidak relevan.
Menerusi hantaran oleh Kchup studio di TikTok, individu itu menjelaskan bahawa deria rasa setiap orang dipengaruhi oleh makanan yang mereka biasa makan sejak kecil.
Lidah berbeza, rasa berbeza…

Menurutnya, masyarakat Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand mempunyai lidah yang lebih biasa dengan rempah ratus.
Jadi kalau bangsa lain contoh orang Cina nak review makanan Melayu memang tak kena sebab dia tak membesar dengan masakan nasi campur, masakan Melayu.- Jelasnya.
Beliau juga menegaskan bahawa hanya individu yang membesar dengan makanan Melayu sahaja layak memberi ulasan yang lebih tepat.
Palet lidah tentukan deria rasa…

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa lidah manusia mempunyai bahagian tertentu untuk mengenal pasti rasa makanan.
Orang Arab ni deria rasa dia lebih kurang macam mat salleh. Sangat-sangat strong, sebab tu mereka makan sikit je pedas daripada kita.
Beliau juga menyatakan bahawa masyarakat Eropah cenderung merasakan makanan kita terlalu masin kerana perbezaan sensitiviti lidah.
Polemik ‘review jujur’ di media sosial…
Sebelum ini, timbul perdebatan mengenai pencipta kandungan yang terlalu jujur dalam mengulas makanan. Ada yang berpendapat ulasan jujur boleh menjejaskan perniagaan, manakala ada yang menyokong kejujuran dalam memberi maklum balas kepada pelanggan.
#ApaKataOhmedia
Setiap bangsa ada citarasa tersendiri, jadi ulasan makanan mestilah dibuat dengan perspektif yang adil. Jika sesuatu makanan bukan selera kita, itu bukan bermakna ia tidak sedap! Jadi, sebelum memberi ulasan, pastikan ia membina dan tidak menjatuhkan orang lain.
