Pelakon, Ozlynn Waty berkongsi bahawa setiap pengalaman melahirkan anak mempunyai cabaran dan tahap kesakitan yang berbeza, sama ada secara normal mahupun melalui pembedahan (czer).
Dua-dua ujia, semua sakit

Menerusi perkongsian Threads, seorang individu berkongsi pengalaman berdepan sikap segelintir pihak yang memperlekehkan ibu yang bersalin secara pembedahan (czer), sambil menganggap kelahiran normal sebagai bentuk pengorbanan yang lebih besar.
Hantaran itu menarik perhatian pemilik nama Rozlinawaty Ismail, 45, yang menjelaskan bahawa kesakitan bersalin secara normal sukar digambarkan, khususnya ketika melalui kontraksi dan pemeriksaan bukaan oleh doktor.
“Saya ada 6 orang anak.. ada yang czer dan normal. Cerita tentang normal contractions punya sakit tak tahu nak describe macam mana, doktor datang korek nak tengok bukaan, sakit sampai jahit pun tak rasa!” balas Ozlynn, semalam.
Tambah Ozlynn, ibu yang melahirkan secara pembedahan (czer) pula perlu menanggung kesakitan selepas kesan bius hilang serta melalui tempoh pemulihan yang lebih mencabar.
“Bersalin czer pula sakit tapi tak sakit macam bersalin normal. Nak jaga lepas czer, sakit datang selepas habis bius.
“Proses berpantang pula, jaga yang bersalin normal lagi senang dari yang bersalin czer. Ada pros and cons setiap cara bersalin,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Libang Libu itu berharap masyarakat tidak terus membandingkan kaedah kelahiran normal dan pembedahan (czer) kerana setiap ibu tetap melalui kesakitan serta cabaran tersendiri.

“Jadi jangan nilai orang bersalin normal atau czer, semuanya memang sakit! Lahir setiap anak pun lain-lain ujiannya. Ada yang tengah meneran, doktor suruh berhenti sebab tali pusat baby dah terbelit,” kongsinya.
Dalam satu hantaran berasingan, Ozlynn turut menasihatkan orang ramai agar lebih menghargai setiap pengalaman kelahiran dan tidak melukai perasaan mana-mana ibu.
“Untuk saya, hargai saja setiap kelahiran, jangan sakiti hati setiap ibu. Masing-masing ada ujian nak melahirkan anak, semua ada struggle sendiri ya!
“Bersalin czer untuk aku nak jaga dan nak dapat semula perut yang slim hampir setahun. Sedangkan kalau bersalin secara normal, hanya tiga bulan perut dah kempis,” tambahnya lagi.
Artikel lanjut: Ozlynn dedah kunci suami rezeki murah melimpah – “Jangan kedekut dengan isteri”
Sehubungan itu, Ozlynn turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ibu serta mendoakan mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Sumber: Threads jozlynnhanania




