Pahang bantu penduduk pertubuhan kemasyarakatan di Lipis, Jerantut

Pahang bantu penduduk pertubuhan kemasyarakatan di Lipis, Jerantut

KERAJAAN Negeri Pahang memberi bantuan kebajikan dan bernilai RM442,753 kepada 20 penduduk yang layak di Lipis dan Jerantut sempena Majlis Ramah Mesra Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Terbuka Kampung Mela, Lipis baru-baru ini.

Penyelaras DUN Cheka, Khairul Nizam Abu Dahari berkata, bantuan tersebut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melibatkan penduduk bagi kawasan Cheka untuk tujuan kos perubatan, pendidikan dan sebagainya berjumlah RM137,700.

Bantuan lain termasuk meningkatkan capaian internet dan pendidikan digital di sekolah kawasan Lipis sesi 2023/2024 bernilai RM79,773.25 dan Kelab Sukan Komuniti Pulau Tawar, Jerantut berjumlah RM35,000 untuk program kemasyarakatan.

“Program kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Kemajuan dan Wilayah sempena Aidilfitri dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang penduduk Lipis dan Jerantut yang berkesempatan dapat mengeratkan ukhuwah dengan pemimpin setempat dan kaki tangan agensi kerajaan,” katanya di Kampung Mela, Lipis baru-baru ini.- utusan