“Pakaian Watie Bukanlah Mencolok Mata Sangat, Masih Menutup”

“Pakaian Watie Bukanlah Mencolok Mata Sangat, Masih Menutup”

Pelakon Joey Daud berkata penampilan isterinya iaitu Watie ketika konsert Elite baru-baru ini tidak mencolok mata dan masih menutup.

Memetik Oh Bulan, mengulas mengenai penampilan Watie yang dikatakan tidak sesuai dengan usianya, Joey berkata pemilihan pakaian mungkin kehendak penaja serta tuntutan persembahan.

BACA: Watie Menyesal Suntik Filler, Kos Nak Buang Sama Macam Bayar Downpayment Kereta

“Itu adalah show, rancangan hiburan. Mungkin kehendak sponsor dan kehendak produksi itu sendiri. Saya rasa bukanlah sampai mencolok mata sangat. 

“Dia masih menutup, pakai dengan skirt. Tapi orang tetap ada pandangan masing-masing dan kita tak boleh halang,” katanya.

Sementara itu, Joey mengakui sebagai selebriti pasti akan menjadi perhatian ramai namun dia berpendapat ramai yang cenderung untuk menjadi kesalahan. 

“Sebab itu kita semakin ramai ‘juri tidak bertauliah’. Sayanglah industri kalau asyik nak cari salah. Bagaimana nak berkembang?

“Cuma ada bagusnya juga, sekurang-kurangnya kita lebih bersedia dan aware. Kita public figure, memang tak boleh lari daripada pandangan orang,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top