Kes dadah: Rakyat Malaysia akan digantung di Singapura esok

Kes dadah: Rakyat Malaysia akan digantung di Singapura esok

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, 39, dijadual akan menjalani hukuman gantung di Singapura, esok, atas kesalahan mengedar 44.96 gram heroin pada 2011.

Jadual hukuman itu kekal walaupun terdapat bantahan terakhir untuk menentang pelaksanaan hukuman tersebut, termasuk di Hong Lim Park, Singapura, seperti yang dimuat naik oleh bekas peguamnya dan aktivis Singapura, M Ravi, di Facebook.

Notis rasmi pelaksanaan hukuman mati itu diterima pada Ahad lalu dan dikongsi di platform media sosial, berserta gambar notis tersebut dan gambar Datchinamurthy.

Datchinamurthy, yang mula-mula dihukum mati pada 2015 selepas ditangkap pada 2011, dijadualkan untuk dihukum mati pada 2022.

Disyorkan

Aib keluarga, Linda tak mahu maafkan

Bayi kembar 9 Mali atau nonuplets Mali sudah berusia empat tahun

Honda City rempuh lori, penumpang kereta putus kepala

Israel tidak benarkan flotila bantuan tembusi sekatan Gaza

Bagaimanapun, dia berjaya mendapatkan penangguhan hukuman mati daripada Mahkamah Tinggi Singapura sementara menunggu perbicaraan saman undang-undangnya terhadap kerajaan Singapura berhubung hukuman tersebut.

Dia juga adalah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang menunggu hukuman mati di Singapura. Tiga lagi individu ialah P Pannir Selvam, S Saminathan dan R Lingkesvaran.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil segala langkah diplomatik dan perundangan yang boleh dibuat demi melindungi hak dan nyawa warganegara Malaysia yang dijatuhi hukuman mati di luar negara.

Suhakam juga menggesa supaya mekanisme hak asasi manusia antarabangsa dan serantau digerakkan agar kes-kes ini diberikan perhatian sewajarnya.

Suruhanjaya itu berkata kerajaan perlu meneruskan peranan kepimpinan Malaysia dalam memperjuangkan penghapusan hukuman mati secara berperingkat di peringkat serantau dan antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top