Pakistan rekod 4 kematian akibat hujan lebat dalam tempoh 24 jam

Pakistan rekod 4 kematian akibat hujan lebat dalam tempoh 24 jam

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya empat orang kehilangan nyawa dan empat lagi cedera dalam beberapa kejadian melibatkan hujan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan (NDMA) berkata, keempat-empat mangsa yang maut termasuk tiga kanak-kanak akibat bumbung runtuh dan tanah menggelongsor di kawasan Muzaffarabad dan Sudhnoti di Kashmir.

Menurut laporan, 77 buah rumah turut rosak sebahagian atau keseluruhannya selepas hujan lebat melanda negara itu.

Beberapa jalan di kawasan yang berbeza, terutamanya di kawasan utara dan barat laut, telah ditenggelami atau rosak akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan atau telah terhalang akibat tanah runtuh.

Laporan itu menambah, sekurang-kurangnya 173 orang telah terkorban, 260 orang cedera dan 475 ternakan mati sejak 25 Jun lalu selepas hari pertama hujan lebat pertama melanda Pakistan.

Jabatan Meteorologi Pakistan meramalkan hujan lebat mungkin mengakibatkan banjir kilat di wilayah barat daya Balochistan barat daya dan tanah runtuh dalam tempoh dua hari akan datang. – Agensi

Scroll to Top