mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasangan artis popular, Johan dan Ozlynn mengakui pendidikan sangat penting terhadap anak-anak dan kosnya juga semakin mahal.
Bagi mereka setiap ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
“Macam mana pun kalaulah kata itu sahaja yang ibu bapa itu mampu, maknanya mereka sudah buat yang terbaik. Sebab kita sebagai ibu bapa, kena bagi yang terbaik untuk anak-anak.
“Kita tak boleh mengharapkan segala balasan. Cuma kita percaya setiap perbuatan ada balasan dan kita tak pernah mengharapkan. Aku hantar anak aku jadi cikgu, suatu hari nanti dia akan ajar aku pula.
“Aku hantar anak aku jadi doktor, suatu hari nanti dia akan jaga aku. Sebab itu bergantung kepada hati anak sendiri. Kalau dia ada hati, adalah dia jaga kau waktu kau tua. Sebab itu, tak boleh nak mengharapkan dia,” katanya.
Sementara itu, Ozlyn pula berkata, sekiranya anak itu bijak, pasti dia akan mendapat biasiswa dan ia adalah satu bonus.
“Kita tak boleh nak cakap sebab pandai atau tak pandai ini bukan genetik. Dia bergantung kepada individu itu sendiri. Kau hantarlah anak kau sekolah mahal macam mana pun, kalau anak kau tak nak belajar, no point.
“Tapi, saya bercakap ini sebagai seorang ibu. Sebab macam kita perempuan, orang selalu cakap, “alah, anak kau perempuan, belajar tinggi-tinggi pun akhirnya ke dapur juga”.
“Ya, tak dinafikan, tapi saya suka kalau anak saya itu ada ilmu. Mungkin kalau dalam pelajaran dia tak pandai, tapi ‘basically maybe’ dia pandai berniaga ke, apa ke, jadi saya okay,” katanya.
Katanya, perkara paling penting, anak-anak tahu bagaimana mahu ‘survive’ dalam kehidupan.
“Maknanya dalam hidup ini, kita kena belajar berdikari sebab kehidupan sekarang mencabar dan perlukan duit. Jadi saya nak setiap anak ada kerjaya.
“Untuk pelajaran anak-anak, kita memang sudah sediakan sebab itu adalah tanggungjawab kita. Pendekatan menjerit-jerit atau merotan sudah tidak lagi sesuai digunakan” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




