am@hmetro.com.my
Papar: Suasana panik menyelubungi Hospital Papar, di sini, hari ini selepas stor farmasi hospital berkenaan terbakar.
Kakitangan hospital turut kelihatan bertungkus-lumus memindahkan pesakit dan peralatan berikutan kebakaran itu.
Ketika ini, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar sedang melaksanakan operasi pemadaman.
Ketua BBP Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.02 malam dan 14 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan.
Katanya operasi turut dibantu anggota BBP Kimanis.
“Kebakaran membabitkan sebuah stor perubatan farmasi manakala sebuah bangunan bilik makmal kajian (terjejas) terkena bahang. Operasi pemadaman masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




