Kerajaan kesal Norway tak lulus permit eksport peluru berpandu – Fahmi

Kerajaan kesal Norway tak lulus permit eksport peluru berpandu – Fahmi

Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan Norway yang tidak meluluskan permit eksport bagi perolehan peluru berpandu dari negara tersebut pada saat akhir.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu menyebabkan syarikat dari Norway yang terlibat tidak dapat meneruskan pembekalan seperti dipersetujui, walaupun kontrak perolehan berkenaan telah dimeterai sejak 2018.

Beliau berkata, kontrak tersebut dilaksanakan tanpa sebarang isu, dengan semua pembayaran dibuat mengikut jadual.

“Kerajaan Malaysia sama sekali tidak dapat menerima alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Norway,” katanya pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata kerajaan kini sedang mengambil tindakan melalui saluran diplomatik selain mempertimbangkan langkah susulan dari sudut perundangan kerana perkara berkaitan perancangan pertahanan negara melibatkan kepentingan strategik yang tidak boleh dikompromi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top