LATEST
National

Kad merah Yoro ketika menentang Liverpool dibatalkan

Kad merah Yoro ketika menentang Liverpool dibatalkan

MANCHESTER: Pertahanan Manchester United, Leny Yoro tidak akan menjalani penggantungan selepas rayuannya berjaya dan kad merah yang diterima ketika kekalahan 0-4 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dibatalkan.

Baca juga: NexG Bina sahkan akaun bank tidak lagi dibekukan

Yoro dilayangkan kad merah pada minit kelapan di Anfield kerana menjatuhkan penyerang Liverpool, Alexander Isak di luar kawasan penalti.

Dominik Szoboszlai kemudian menjaringkan gol menerusi sepakan percuma hasil daripada insiden itu.

“Penggantungan satu perlawanan terhadap pemain itu dibatalkan selepas rayuan berhubung keputusan membuang padang diterima,” kata Persatuan Bola Sepak (FA) dalam satu kenyataan, hari ini.

Suruhanjaya Pengawalseliaan Bebas memaklumkan alasan bertulis berhubung pembatalan kad merah itu akan diterbitkan pada masa akan datang.

Mauricio Pochettino, yang membuat penampilan sulung sebagai pengurus United pada perlawanan itu menganggap kekasaran Yoro tidak sepatutnya membawa kepada kad merah kerana Isak tidak mengawal bola ketika insiden berlaku, selain mendakwa kejadian itu mengubah perjalanan perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news