‘Pas terdesak sampai menipu, Dr Rosli bukan bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan’ – Mohd Hasbie

‘Pas terdesak sampai menipu, Dr Rosli bukan bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan’ – Mohd Hasbie
‘Pas terdesak sampai menipu, Dr Rosli bukan bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan’ – Mohd Hasbie

Mohd Hasbie menyifatkan Pas semakin terdesak susulan mengatakan bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan menyertai parti itu.

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda menyifatkan Pas semakin terdesak susulan mengatakan bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan menyertai parti itu.

Mohd Hasbie menjelaskan, Dr Rosli Yaakob yang diwar-warkan sertai Pas malam tadi bukanlah bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan.

“Nampaknya Pas terlalu terdesak sehingga terpaksa menipu. Bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan hanya ada seorang iaitu Almarhum Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

“Pengerusi Amanah Negeri Sembilan pada masa ini pula adalah Datuk MK Ibrahim Abd Rahman,” ujarnya menerusi laman Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, 14 tokoh termasuk bekas menteri dan bekas Exco kerajaan negeri diumumkan menyertai Pas malam tadi.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Antara nama besar termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas Exco Negeri Sembilan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek serta bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Turut sama, bekas Exco Perak yang juga bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Othman, bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Dr Rosli yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan serta bekas Pengerusi Kelab UMNO Manchester, Dr Md Nizam Baharom.

Scroll to Top